T.a.t.a.c.a.r.a    P.e.m.b.e.l.i.a.n
** Isi BORANG PESANAN.** Sila tunggu pengesahan stok dahulu. Kami akan membalas e-mel barangan yang dipesan beserta harga & kos pos (kecuali dinyatakan TERMASUK KOS).

** Setelah mendapat pengesahan, sila buat bayaran ke no akaun yang HANYA akan diberikan melalui e-mel setelah pengesahan pesanan dibuat. (Buat masa ini, pihak kami hanya menerima bayaran melalui bank CIMB SAHAJA)

** Setelah bayaran dibuat, sila maklumkan kepada kami butiran pembayaran seperti berikut melalui sms atau e-mel.

1. Nama 2. Alamat Penghantaran 3. No Telefon 4. Butiran Transaksi (termasuk nama bank) 5. Kod barangan

KEUTAMAAN KEPADA PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA.

** Proses penghantaran barangan yang dipesan hanya akan dilakukan setelah bayaran penuh telah diterima.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas segala kerosakan/kehilangan barangan semasa urusan pos dilakukan.

"Selamat Membeli-Belah bersama kami di
Gerobok Ummi" ...

..:: BORANG PESANAN ::..

Nama:
E-mel:
No Telefon:
Alamat Penghantaran :
Kod Item/Harga/Lain-lain yang berkaitan:
Pembayaran :

Get your own free form like this one.

... order dari pelanggan ... terima kasih .....


sebahagian order dari pelanggan G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i. ...
terima kasih kepada yang membeli ...
walaupun hanya sempat online seketika ...
insya-Allah, kami akan kembali online selepas Syawal ....

terima kasih daun keladi, insya-Allah jumpa lagi ...

kepada yang masih berminat dan berhajat untuk mendapatkan t-muslimah dari G.e.R.o.B.o.K ** U.m.M.i .... stok masih ada .. cuma agak terhad !! dapatkan sebelum terlambat !!

penghantaran terus boleh dibuat di sekitar kawasan Cheras, Alam Damai, Balakong ...
kalau nak datang rumah pun boleh ... sms atau emel yea !!!





Pengumuman

G.e.R.o.B.o.K  U.m.M.i.  akan memberhentikan urusniaga secara ONLINE buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kepada yang berminat untuk mendapatkannya secara OFFLINE, boleh menghubungi kami melalui e-mel atau sms. Insya-Allah, kami akan membalas semua pertanyaan anda secepat mungkin.
Kami memohon maaf dari semua pelanggan kami. Segala kesulitan amat dikesali.


Terima kasih diatas keprihatinan para pelanggan G.e.R.o.B.o.K  U.m.M.i.

 

~~ Tudung De Salma Dual Tone Printed Curly ~~


De Salma Eksklusif Dual Tone Printed Curly



kini hanya RM 20.00 ...
TCP 01 - SOLD OUT
TCP 02 - SOLD OUT

TCP 03 - SOLD OUT
TCP 04 - 1 pc , 1 SOLD OUT



TCP 05 - 1 pc
TCP 06 - 1 pc, 1 pc SOLD OUT
 kain yang sejuk dan sedap dipakai
Saiz : M

::.. Promosi Pengenalan T- MUSLIMAH dari G.e.R.o.B.o.K U.m.M.i ...::


PROMOSI ... PROMOSI ...





Size available :

 KOD TG - XL (1), L (1) 
 KOD TB - XL (1), L (2)
KOD TM - XL (1) , L (1)
KOD TLB - L (2), M (2), S (1) - SOLD OUT
 KOD TBN - L (1) 
KOD TBL - S (2)

saiz yang tertera adalah saiz SEDIA ADA ... saiz yang tidak dipaparkan semua dah SOLD OUT ya ....



seperti yang dijanjikan, promosi pengenalan untuk produk terbaru dari Gerobok Ummi ... T-muslimah ..

pilihan t-shirt muslimah masa kini , amat sesuai digayakan sempena bulan Ramadhan dan hari Lebaran ...

sesuai untuk semua golongan remaja dan wanita yang mementingkan mutu dan harga ...

Promosi pengenalan ini adalah tertakluk kepada stok yang sedia ada SAHAJA ...

 
Harga untuk Promosi Pengenalan = RM 35.00



Salam Ramadhan






Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t.

Prof. Doktor Wahbah az-Zuhaili. (di dalam Tafsir al Munir : Juzuk kedua/ muka surat 130. Cetakan Darul Fikri Damsyik) ketika menafsirkan ayat ini menyebut bahawa Ibadah Puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t melalui beberapa faktor :

1. Puasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah s.w.t. dalam keadaan sembunyi atau terbuka. Lantaran tiada siapa yang memantau atau memerhati orang yang berpuasa melainkan Allah s.w.t. (Seseorang boleh makan lalu berpura-pura lapar di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah s.w.t. Justeru Allah s.w.t adalah Tuhan yang Maha Mengetahui)

2. Mengekang keterlanjuran syahwah dan meringankan pengaruh serta penguasaannya. (lantaran puasa melemahkan gelora nafsu)

3. Mencetus naluri yang peka (sensitive) dan bersifat belas simpati terhadap insan yang lain. (Lapar sewaktu berpuasa adalah mengingatkan kita kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik)

4. Ibadah puasa memahamkan kita pengertian persamaan kedudukan taraf orang–orang kaya dan miskin. (di sisi Allah s.w.t)

5. Meletakkan kehidupan Insan dan pengurusannya di atas sistem (yang benar dan menepati fitrah) dan mendisiplinkannya.

6. Memulihkan struktur dalaman tubuh, menguatkan kesihatan dan membebaskan jasad dari sebarang unsur yang memudharatkan jasad.



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ
ٱلۡعَظِيمِ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]



Salam Ramadhan dari .....



:: PROMOSI RAMADHAN ::

PROMOSI .... PROMOSI ....

Nantikan promosi terkini Ramadhan dari GeRoBok UmMi .....